Nuffnang

Wednesday, August 31, 2005

Selamat Hari Merdeka

Happy Independence Day ! I am writing in Malay this time. Sorry if you don't understand, but nothing much, just exercising my BM. ;)

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan menyahut laungan rakan belog untuk membelog dalam Bahasa Malaysia (Kempen
aku juga ingin turut serta menyibuk menyokong kempen ini. Tetapi kalau nak suruh aku mendaftar, ala...malas pula.

Apa yang nak diblelogkan ? Bengang pula...lagipun hari ni cuti, tak guna sangat otak...ni baru habis siap buat rantai kristal and anting-anting untuk rakan sekerja. Meow pula terlena di atas katil. Kalau nak keluar bersiar-siar atau 'shopping', malas juga, lagipun, pasti banyak orang dan kereta. Tonton tv ? Tak boleh juga...ibubapanya duk syiok dengan rancangan-rancangan Mandarin di Astro....habis macam mana ? JJ pun sedand lena, mestilah....ada kipas tersendiri.

Hai....rindu sangat dengan Nescafe ku...kat sini bukannya tiada kopi, tapi susah sikit, bukan rumahku atau pejabat, seganlah....tak pa, lain kali sajalah. Mesti ingatkan diri untuk beli periuk elektrik mini. Boleh bancuh dalam kamarnya, haha.

Dalam suasana yang sebegini, terimbas pula peristiwa-peristiwa hidupku selama ini, ada yang sedih, ada yang sukacita. Namun hatiku masih pilu, pedih...bagai disengat onak. Ku masih belum 'sembuh' sepenuhnya. Rasa seperti ada sesuatu yang terpendam. Adakala air mata menitis, bukan untuk dia yang pergi, tetapi untuk hati yang hancur...pegangan dan janji yang kononnya teguh, hancur-berkecai dengan kata-katanya....setiap patah perkataan yang diucapkan, tersemat dalam hati seolah ditebuk atau dipaku dengan dalamnya. Mungkin disebabkan perbuatannya kini bercanggahan dengan prinsip dirinya. Semua yang dia benci, dia lakukan untuk perempuan sial tu. Mungkin ini namanya cinta? Atau terpukau ? Aii...biarlah...lepaskan diriku...kalau boleh, aku tidak mahu apa-apa berkaitan dengannya lagi.

Masih teringat katanya..."As an ex, I will still be there for you and concern for you...". Pi lah ! Rakan apa ni ? Bulan lepas, ayahku masuk hospital, bukannya dia tidak tahu. Bila ku kembali kerja selepas seminggu, tidak pun dia menanya khabar....kawan apa ni ? Memang kecewa sekali ! Kalau boleh tidak ingin berdepan atau ternampak kedua-duanya...tak mengapa...tidak lama lagi, mereka akan pindah ke tingkat bawah.

Tak palah...nasib baik masih ada rakan karib, Meow, keluarga and Tuhan yang Maha Esa...cukup menyentuh and bersyukur. Sudah memadai.

Ok la, setakat ini sahaja buat kali ini, mungkin akan mencuba di hari depan. Tak terlarat pula nak memerah otak....susah la, nak korek kembali...banyak yang 'tetanam' dalam otakku yang terbatas peringatannya.

Selamat Hari Merdeka !

5 comments:

Gene Lim said...

aisey, sempena hari Merdeka, Cik pulak sangay patriotik pulak. Ai, adik ni pun nak aiksyen sikit ler... tapi Bahasa adik bukan sehebat kakak ye...
Maklumlah, otak penuh deng inglish inglish pulak.
Sedikit sedikit bolehlah!
Hey, janganlah sedih pasal orang yang tak patut kamu sebutkan namanya.Biarlah Tuhan yang plankan semua plan ler..Apasal lu pulak pigi stress otak sendir ler :P

hehehe..mai pulak bahasa pasar.. pai sehhhhhhhh

Anonymous said...

Fulamak... terror-nya BM u...
Sabar dik... sabar... ini semua cuma cabaran hidup... u will be awrite... ^_^

Joez said...

Sis, BM hang also baguih mah...aiya org Penang mesti cakap bahasa pasar baru syiok. Tok sah nak susah payak fikiaq bahasa canggih...kan?

cmos, aiya, pai seh...boleh tahan la...yrs also kheng ma. Thanks...I hope so too.

Anonymous said...

wa la la...tak terpintas dalam pikiran ku yang kawan aku ni memang canggih dan fasih dalam Bahasa Malaysia yakni bahasa kebangsaan kita. Bahasa yang digunakan pulak memang...selepas saya baca....berbunga-bunga..bukan bunga sahaja tetapi penuh dengan lalang-lalang dan jugak rumput...kenapa lar pada hari yang mulia ni u nak sebut tentang perkara yang lepas tu? kita orang dah merdeka selama 48 tahun u pulak nak dijajah balik...bukan orang british jajah...tapi orang cina pulak tu...biaq pi lar binatang tu mengatai..mesti ada buah karma pada suatu hari...u tunggu dan lihat ok??
ok...jangan pikiaq manyak manyak...tak sihat tau...

Joez said...

oi, terima kasih...tapi kamu terlupa tinggalkan nama la...Cik Caryn ke? Bahasa kau juga hebat. Maklumlah banyak rakan Melayu, apatah lagi peminat-peminat di waktu persekolahan, kan? Ceh wah...lain kali kita cuba bercakap dalam Bahasa Melayu ya.
Anyway, thanks a lot la.