Sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan menyahut laungan rakan belog untuk membelog dalam Bahasa Malaysia (Kempen
aku juga ingin turut serta
Apa yang nak diblelogkan ? Bengang pula...lagipun hari ni cuti, tak guna sangat otak...ni baru habis siap buat rantai kristal and anting-anting untuk rakan sekerja. Meow pula terlena di atas katil. Kalau nak keluar bersiar-siar atau 'shopping', malas juga, lagipun, pasti banyak orang dan kereta. Tonton tv ? Tak boleh juga...ibubapanya duk syiok dengan rancangan-rancangan Mandarin di Astro....habis macam mana ? JJ pun sedand lena, mestilah....ada kipas tersendiri.
Hai....rindu sangat dengan Nescafe ku...kat sini bukannya tiada kopi, tapi susah sikit, bukan rumahku atau pejabat, seganlah....tak pa, lain kali sajalah. Mesti ingatkan diri untuk beli periuk elektrik mini. Boleh bancuh dalam kamarnya, haha.
Dalam suasana yang sebegini, terimbas pula peristiwa-peristiwa hidupku selama ini, ada yang sedih, ada yang sukacita. Namun hatiku masih pilu, pedih...bagai disengat onak. Ku masih belum 'sembuh' sepenuhnya. Rasa seperti ada sesuatu yang terpendam. Adakala air mata menitis, bukan untuk dia yang pergi, tetapi untuk hati yang hancur...pegangan dan janji yang kononnya teguh, hancur-berkecai dengan kata-katanya....setiap patah perkataan yang diucapkan, tersemat dalam hati seolah ditebuk atau dipaku dengan dalamnya. Mungkin disebabkan perbuatannya kini bercanggahan dengan prinsip dirinya. Semua yang dia benci, dia lakukan untuk perempuan sial tu. Mungkin ini namanya cinta? Atau terpukau ? Aii...biarlah...lepaskan diriku...kalau boleh, aku tidak mahu apa-apa berkaitan dengannya lagi.
Masih teringat katanya..."As an ex, I will still be there for you and concern for you...". Pi lah ! Rakan apa ni ? Bulan lepas, ayahku masuk hospital, bukannya dia tidak tahu. Bila ku kembali kerja selepas seminggu, tidak pun dia menanya khabar....kawan apa ni ? Memang kecewa sekali ! Kalau boleh tidak ingin berdepan atau ternampak kedua-duanya...tak mengapa...tidak lama lagi, mereka akan pindah ke tingkat bawah.
Tak palah...nasib baik masih ada rakan karib, Meow, keluarga and Tuhan yang Maha Esa...cukup menyentuh and bersyukur. Sudah memadai.
Ok la, setakat ini sahaja buat kali ini, mungkin akan mencuba di hari depan. Tak terlarat pula nak memerah otak....susah la, nak korek kembali...banyak yang 'tetanam' dalam otakku yang terbatas peringatannya.
Selamat Hari Merdeka !